Saturday, 25 February 2012

Rezeki di sebalik sehelai flyers

Tiada siapa yang dapat menduga perubahan pada diri anna selepas berkenalan dengan seorang hamba Allah yang menyapa anna di kedai makan pada ketika itu. Peristiwa ini berlaku pada Disember 2008 di tempat anna bekerja dahulu. Ternyata sekali sapaan itu anna sambut dengan senyuman dan jauh di sudut hati terdetik  "kenapa dia tegur aku erk".Tetapi sama sekali anna tidak dapat menolak aturan yang maha Esa kerana Dia yang maha pemberi rezeki kepada hambanya yang sentiasa berdoa"Ya Allah murahkanlah rezekimu kepadaku".Setelah diterangkan dengan panjang lebar pelan pemasaran yang mudah dan simple anna terus jatuh hati untuk jadikan platform ini sebagai side income secara sambil2 sahaja. Dalam proses mendaki dari tangga ke satu tangga anna tidak pernah jemu belajar dan terus belajar, menimba ilmu daripada orang2 yang dah berjaya.Pada ketika itu anna mengandung anak k4 empat bulan dan anna bercakap dalam hati, oh! mungkin ini rezeki anak dalam kandungan kot...Inilah pasangan yang telah membawa anna ke dalam dunia perniagaan yang anna ceburi sudah 4 tahun.


Cdm Amran dan pasangan Cdm Siti Ruhani cukup terharu bagi anna, kerana pasangan ini amat tabah menempuh cabaran dan dugaan sepanjang perkenalan anna sehingga ke hari ini. Sentiasa membakar semangat anna untuk terus berjuang sehingga sampai ke puncak kejayaan. Banyak tunjuk ajar dan pengorbanan yang dicurahkan pada anna. Tiada kata2 dan tiada wang ringgit untuk di balas kecuali hanya Allah yang mampu membalas segala perit jerih selama ini.kata2 beliau.....hanya satu"dik buat sampai jadi Crown Dimond Manager(CDM)". Seronoknya 21 Mac 2012 akan datang anna dan Cdm Siti Ruhani   bersama2 biz partners yang lain akan terbang ke Vietnam 4 hari 3 malam.....Jom kita shopping.

2 comments:

  1. Aturan Allah tersusun indah untuk kta..pilihan Dan perancangan di tgn kta..Ketentuan milikNya..Anna berlian yg Allah utuskan pd kami..dunia akhirat ikatan kasih sayang ini kerana IzINNYA..Tahniah dear anna

    ReplyDelete
  2. kata2 orang bijak pandai, Untuk berjaya sememangnya ada mentor untuk 'guide' perjalanan kita menuju kejayaan. Tangga demi tangga terpaksa di naiki. CDM adalah mentor yang mesti anna contohi.HIDUP MEMERLUKAN KEKUATAN, DAN MOHONLAH PADA YANG MAHA KAYA AGAR KITA TERUS BERJUANG HINGGA KE PUNCAK KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT....AMIN.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...