Wednesday 29 February 2012

Santapan Rohani di pagi yang indah.

WASIAT RASULULLAH S.A.W maksudnya: Ya MUAZ! demi ALLAH aku amat mengasihi dan aku hendak wasiatkan kamu satu perkara iaitu janganlah sekali-kali kamu lupa DOA SELEPAS SOLAT...



Ya ALLAH ya tuhan kami, tolonglah kami di dalam mengingatimu (iaitu beribadah kepadamu) dan bersyukurlah  kepadamu dan di dalam memperelokkan ibadahku kepadamu.

Tuesday 28 February 2012

Rahsia orang cina menjadi kaya

Sekadar pesan-berpesan, ingat -mengingat agar kita tidak terus terleka dek kerana hidup ini terlalu ghairah dengan perkara-perkara yang merugikan diri sendiri dan masa depan.

5 Rahsia orang cina yang kita wajib ketahui...
  1. Kerja makan gaji  itu sementara, sekadar untuk dijadikan pengalaman hidup.Orang Cina perlu berniaga untuk membangun masa depan dan keturunan mereka
  2. pelanggan lebih penting daripada keuntungan. Untung jangan letak terlalu banyak, tetapi berterusan, pelanggan adalah raja, ketiadaan pelanggan adalah musibah. Keuntungan boleh dicari, pelanggan yang setia sukar ditemui.
  3. Orang Cina jarang bankrup, kecuali 2 perkara iaitu berjudi dan kaki perempuan.
  4. Modal orang Cina 1 mangkuk, mesti dapat balik pulangan sebanyak 5 mangkuk. 1 mangkuk keluarga, 1 mangkuk simpanan dan 3 lagi untuk  bermodal balik.
  5. Kalau mereka ditawarkan pinjaman untuk modal, mereka akan tanyakan balik berapa bunganya dan bukan berapa ansuran bayaran bulanannya.

Pasangan hidup yang dicintai

Begitu pantas masa berlalu, begitu laju pusingan jam, hari ini anna sudah pun 9 tahun  hidup bersama pasangan yang amat dicintai dan disayangi. Tahniah buat suami  yang selama ini banyak berkorban dan membantu di saat getir . Segala kekurangan yang ada harap dimaafkan kerana setiap manusia yang diciptakan Allah sudah pasti mempunyai kelemahan diri masing-masing. Menyingkap kembali kenangan diawal perkenalan amat indah untuk dinukilkan. Hari ini akan anna jadikan ia kenangan romantis yang cukup membahagiakan.


Anak-anak yang cukup memahami tugas dan kerjaya ummi dan abah.Setiap perkara yang dilakukan anak-anak menjadi penguat semangat dan tidak kurang juga suami yang menyokong dari belakang.Syukur Allah yang maha pemberi rezeki, anna dikurniakan 4 orang cahaya mata 2 lelaki dan 2 perempuan. Hebatnya keempat anak anugerah ilahi yang diamanahkan anna untuk membesarkan mereka berempat. Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan mereka berempat dapat membesar dalam keadaan yang sempurna dan dan terurus. Anna bersyukur sangat kerana anak-anak dapat membesar depan mata kerana anna tidak lagi terikat dengan masa sesiapa lagi setelah setahun anna tinggalkan jawatan yang anna sandang selama 14 tahun kakitangan kerajaan.


Pasangan kembar Muhammad Aniq Darwisy & Muhammad Atiq Darwisy kini 5 tahun


Liyana Aqilah kini 7 tahun & Irdina madiha kini 3 tahun

Saturday 25 February 2012

Rezeki di sebalik sehelai flyers

Tiada siapa yang dapat menduga perubahan pada diri anna selepas berkenalan dengan seorang hamba Allah yang menyapa anna di kedai makan pada ketika itu. Peristiwa ini berlaku pada Disember 2008 di tempat anna bekerja dahulu. Ternyata sekali sapaan itu anna sambut dengan senyuman dan jauh di sudut hati terdetik  "kenapa dia tegur aku erk".Tetapi sama sekali anna tidak dapat menolak aturan yang maha Esa kerana Dia yang maha pemberi rezeki kepada hambanya yang sentiasa berdoa"Ya Allah murahkanlah rezekimu kepadaku".Setelah diterangkan dengan panjang lebar pelan pemasaran yang mudah dan simple anna terus jatuh hati untuk jadikan platform ini sebagai side income secara sambil2 sahaja. Dalam proses mendaki dari tangga ke satu tangga anna tidak pernah jemu belajar dan terus belajar, menimba ilmu daripada orang2 yang dah berjaya.Pada ketika itu anna mengandung anak k4 empat bulan dan anna bercakap dalam hati, oh! mungkin ini rezeki anak dalam kandungan kot...Inilah pasangan yang telah membawa anna ke dalam dunia perniagaan yang anna ceburi sudah 4 tahun.


Cdm Amran dan pasangan Cdm Siti Ruhani cukup terharu bagi anna, kerana pasangan ini amat tabah menempuh cabaran dan dugaan sepanjang perkenalan anna sehingga ke hari ini. Sentiasa membakar semangat anna untuk terus berjuang sehingga sampai ke puncak kejayaan. Banyak tunjuk ajar dan pengorbanan yang dicurahkan pada anna. Tiada kata2 dan tiada wang ringgit untuk di balas kecuali hanya Allah yang mampu membalas segala perit jerih selama ini.kata2 beliau.....hanya satu"dik buat sampai jadi Crown Dimond Manager(CDM)". Seronoknya 21 Mac 2012 akan datang anna dan Cdm Siti Ruhani   bersama2 biz partners yang lain akan terbang ke Vietnam 4 hari 3 malam.....Jom kita shopping.

sekapur sirih

Salam sejahtera dan selamat berkenalan kita di alam maya ini. Firstly anna bersyukur kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya anna dapat mewujudkan blog hasil daripada ilmu yang dipelajari daripada kawan2 sama ada secara langsung atau tidak langsung. Anna tahu nak wujudkan blog bukan perkara yang mudah, malahan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan keinginan yang membuak-buak untuk pergi lebih dalam bidang biz yang anna ceburi ini sudah 4 tahun yang lalu.Peringkat awal penglibatan sekadar untuk menambahkan pendapatan untuk "top up " gaji yang hanya cukup2 makan jer pada ketika itu. Anna pun tidak menyangka biz ini anna dapat pergi jauh melalui tunjuk ajar rakan2 yang telah berjaya, bimbingan yang diberikan secara percuma dan sentiasa hadirkan diri pada seminar2 yang telah diatur oleh pemimpin2 hebat. 

Prinsip hidup anna mudah sahaja......"follow the success if you want to success". Jangan pandang belakang lagi kerana ada sinar kejayaan di hadapan sana yang menunggu . Anna ada 4 orang cahaya mata, memang betul2 penghibur hati, bila pandang jer wajah anak2, tiada lagi kata2 semangat yang lain kecuali " anna mesti berniaga kerana 9/10 rezeki daripada berniaga". Dulu anna bekerja makan gaji hampir 13 tahun dengan majikan "kerajaan Malaysia" dengan kata lain"gormen". Alhamdulillah rezeki Allah bagi dapat beli rumah dan kereta, tapi hanya cukup2 makan sahaja. Simpanan ada awal bulan jer, tapi hujung bulan simpanan terpaksa dikeluarkan kerana kos hidup hari ini terlalu tinggi, gaji yang dapat pun hanya bertahan beberapa hari ajer. Banyak lagi kalau ikutkan nak bercerita kat sini kisah yang menyedihkan sewaktu anna hidup sebagai pemakan gaji 4 tahun yang lalu, tapi biarlah ia menjadi kenangan buat diri anna untuk lebih matang lagi dalam meniti arus kehidupan dan sisa2 hidup  yang ada ini.

Hari ini bukan anna kata ada banyak duit tapi Alhamdulilllah, kehidupan lebih baik daripada dulu. Kalau dahulu buat simpanan Rm100 sebulan, hujung bulan keluarkan Rm100 tu, tapi kini hampir setiap minggu anna dapat buat simapanan RM100 tanpa simpanan itu dikeluarkan semula. Impian dan cita2 tinggi menggunung, tetapi anna amat yakin dengan peluang yang ada ini anna boleh capai impian dan cita2 yang terpahat dihati dengan satu kata2 "buat dan terus buat sehingga berjaya".

Buat sahabat2 dan rakan2 pengunjung blog "Corsetyou" doakan kejayaan anna dan andainya kalian pembaca blog ini mencari peluang untuk kehidupan yang lebih baik daripada hari ini, jangan malu dan segan boleh call dan sms anna....Jom kita berniaga..

Info Premium Beautiful untuk anda


  1. Lace 'Cup' mempunyai keanjalan supaya dapat mengelakkan payudara dari melimpah keluar. Untuk ibu yang menyusukan bayi, hanya tarik kebawah untuk mengeluarkan isi payudara. Tindakbalas ini mengelak dari payudara jatuh. Fir juga terdapat disini, air susu tidak akan menitis-nitis/berhenti ia akan mengoptimumkan perkilangan air susu tidak berlebih tidak juga berkurang.
  2. Batang keluli bermemori(kiri dan kanan di tulang rusuk) berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan. Badan akan terbentuk menjadi kon shape di sini anda akan kelihatan lebih mantap.
  3. Fabrik paling tebal, bermakna Far Infrared Rays (FIR) paling banyak di sini. Ia dapat memberi kesan maximum terhadap pembakaranlemak tebal di perut. Di samping itu ia akan memberi kesan memampat dan seterusnya mengemaskan lemak-lemak yang mengelember.
  4. Rekaan mamptan -dwi lapisan berfungsi menyelaras lemak pada bahagian sekitar peha, membentuk kontur peha yang menarik.
  5. Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.
  6. Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong payu dara.
  7. Rekaan kuasa tekanan dan regangan bergangapada bahagian depan coli dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur payu dara. FIR paling banyak di sini untuk pembakaran lemak yang maximum ke atas perut yang buncit di sini.
  8. Lubang angin di bahagian long girdle- memberi kesan selesa yang berpanjangan, mengawal keputihan, fungus dan bau yang tidak menyenangkan. Anda akan sentiasa rasa 'hygenic".
  9. Kedudukan dan bentuk tali yang tidak mudah jatuh (kebanyakkan jenama lain akan gagal di sini). Tali ini tidak menganjal bertahun-tahun lamanya. Tidak berbekas seperti anda memakai bra biasa di pasaran. keselesaan sepanjang hari. Tali bra yang boleh diketatkan atao dilanggarkan ikut keselesaan masing-masing.
  10. Rekaan bentuk "U" pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat menyerlahkan pandangan kurus(lemak akan menjadi tipis di sini)dari belakang badan anda, ia juga mempercepatkan pembentukkan (shaping) di belakang badan, dan juga menambah kontur bahagian belakang. lemak yang yang tebal, ajaibnya akan hilanng sebaik sahaja anda memakai secara peraturan di sini.
  11. "Love Shape" nipis untuk membentuk pinggul yang seksi lagi montok dan menaikkan pinggul(uplift).
  12. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutupi bahagian belakang badan, dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang , turut mengatasi masalah berbadan besar.
  13. Batang keluli memori(Ada 7 tulang kesemuanya) dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk. Tulang-tulang ini sangat lembut dan mengikut bentuk badan-keselesaan sepanjang hari. Kesan 'effect' pemakaian kimono pada wanita jepun ini di applikasikan keatas teknologi pembuatan bengkung premium beautiful. ANDA tidak akan bongkok sehingga ke tua jika amalkan pemakaian bengkung. Sakit pinggang/belakang juga akan LENYAP juga dari badan!
     








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...