Begitu pantas masa berlalu, begitu laju pusingan jam, hari ini anna sudah pun 9 tahun hidup bersama pasangan yang amat dicintai dan disayangi. Tahniah buat suami yang selama ini banyak berkorban dan membantu di saat getir . Segala kekurangan yang ada harap dimaafkan kerana setiap manusia yang diciptakan Allah sudah pasti mempunyai kelemahan diri masing-masing. Menyingkap kembali kenangan diawal perkenalan amat indah untuk dinukilkan. Hari ini akan anna jadikan ia kenangan romantis yang cukup membahagiakan.
Anak-anak yang cukup memahami tugas dan kerjaya ummi dan abah.Setiap perkara yang dilakukan anak-anak menjadi penguat semangat dan tidak kurang juga suami yang menyokong dari belakang.Syukur Allah yang maha pemberi rezeki, anna dikurniakan 4 orang cahaya mata 2 lelaki dan 2 perempuan. Hebatnya keempat anak anugerah ilahi yang diamanahkan anna untuk membesarkan mereka berempat. Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan mereka berempat dapat membesar dalam keadaan yang sempurna dan dan terurus. Anna bersyukur sangat kerana anak-anak dapat membesar depan mata kerana anna tidak lagi terikat dengan masa sesiapa lagi setelah setahun anna tinggalkan jawatan yang anna sandang selama 14 tahun kakitangan kerajaan.
Pasangan kembar Muhammad Aniq Darwisy & Muhammad Atiq Darwisy kini 5 tahun
Liyana Aqilah kini 7 tahun & Irdina madiha kini 3 tahun
No comments:
Post a Comment