Salam sejahtera dan selamat berkenalan kita di alam maya ini. Firstly anna bersyukur kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya anna dapat mewujudkan blog hasil daripada ilmu yang dipelajari daripada kawan2 sama ada secara langsung atau tidak langsung. Anna tahu nak wujudkan blog bukan perkara yang mudah, malahan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan keinginan yang membuak-buak untuk pergi lebih dalam bidang biz yang anna ceburi ini sudah 4 tahun yang lalu.Peringkat awal penglibatan sekadar untuk menambahkan pendapatan untuk "top up " gaji yang hanya cukup2 makan jer pada ketika itu. Anna pun tidak menyangka biz ini anna dapat pergi jauh melalui tunjuk ajar rakan2 yang telah berjaya, bimbingan yang diberikan secara percuma dan sentiasa hadirkan diri pada seminar2 yang telah diatur oleh pemimpin2 hebat.
Prinsip hidup anna mudah sahaja......"follow the success if you want to success". Jangan pandang belakang lagi kerana ada sinar kejayaan di hadapan sana yang menunggu . Anna ada 4 orang cahaya mata, memang betul2 penghibur hati, bila pandang jer wajah anak2, tiada lagi kata2 semangat yang lain kecuali " anna mesti berniaga kerana 9/10 rezeki daripada berniaga". Dulu anna bekerja makan gaji hampir 13 tahun dengan majikan "kerajaan Malaysia" dengan kata lain"gormen". Alhamdulillah rezeki Allah bagi dapat beli rumah dan kereta, tapi hanya cukup2 makan sahaja. Simpanan ada awal bulan jer, tapi hujung bulan simpanan terpaksa dikeluarkan kerana kos hidup hari ini terlalu tinggi, gaji yang dapat pun hanya bertahan beberapa hari ajer. Banyak lagi kalau ikutkan nak bercerita kat sini kisah yang menyedihkan sewaktu anna hidup sebagai pemakan gaji 4 tahun yang lalu, tapi biarlah ia menjadi kenangan buat diri anna untuk lebih matang lagi dalam meniti arus kehidupan dan sisa2 hidup yang ada ini.
Hari ini bukan anna kata ada banyak duit tapi Alhamdulilllah, kehidupan lebih baik daripada dulu. Kalau dahulu buat simpanan Rm100 sebulan, hujung bulan keluarkan Rm100 tu, tapi kini hampir setiap minggu anna dapat buat simapanan RM100 tanpa simpanan itu dikeluarkan semula. Impian dan cita2 tinggi menggunung, tetapi anna amat yakin dengan peluang yang ada ini anna boleh capai impian dan cita2 yang terpahat dihati dengan satu kata2 "buat dan terus buat sehingga berjaya".
Buat sahabat2 dan rakan2 pengunjung blog "Corsetyou" doakan kejayaan anna dan andainya kalian pembaca blog ini mencari peluang untuk kehidupan yang lebih baik daripada hari ini, jangan malu dan segan boleh call dan sms anna....Jom kita berniaga..