Saturday, 3 March 2012

Tahukah ANDA ???

SENGGUGUT DAN WANITA.....bagaikan mati hidup semula apabila dah sihat daripada sakit senggugut, masya ALLAH tuhan sahaja yang tahu, betapa sakit yang amat2 sakit sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata2, hanya yang melalui kesakitan itu sahaja yang dapat dikongsi.Apa boleh buat sudah penyakit di anugerahkan llahi yang ia memang satu penyakit untuk kaum WANITA. 

Kesan kesakitan senggugut yang biasa(masih boleh bertahan) 

tahap kesakitan yang amat2 sakit

Ia adalah sejenis penyakit yang dialami oleh kebanyakkan anak gadia kerana kesempitan tiub. Kesakitan yang berlaku di bawah ari-ari bawah perut dan kemaluan. Kesakitan yang dialami dapat digambarkan bagaikan hendak jatuh ari-ari. Senggugut tidak berlaku kepada para-para ibu yang sedang menjalani proses mengandung. Tidak juga diiringi muntah-muntah, demam, perubahan warna pada najis dan tidak diiringi pengeluaran darah yang berbau busuk. Situasi perit ini biasa akan berlaku pada wanita yang belum berkahwin dan ia bermula pada permulaan period dan beransur-ansur hilang sehingga 2-3 hari yang terakhir.

Kesakitan yang teruk dan kerap  serta tidak diiringi oleh sebarang penyakit lain. dipanggil Dysmenoithea. Ia berlaku pada lingkungan umur 15-25 tahun. Mungkin juga sepanjang tempoh subur wanita

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami ramai wanita dan biasanya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti :



i) Beberapa tahun selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yg dipanggil"Prostaglandin”. 
Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang
mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut bolehmenyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Ada juga n sebahagian kecil daripada wanita akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu 
berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit‘endometriosis’.

Gadis-gadis yang mengalami senggugut biasanya mengambil ubattahan sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes yang lebih teruk, doktor akan 
memberi ubat tahan sakit yang mengandungi hormon ‘Norethisterone’.

ii) Senggugut jenis ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya. Senggugut ini disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.
Wanita yang masih senggugut walaupun telah melahirkan mungkin mengalami masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan 
yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. 

(3) Wanita post menopaus; atau wanita yang sudah melalui zamanmenopaus tetapi darah haid datang semula. Senggugut atau dismenorea (Dysmenorrhoea) ialah rasa sakit atau tidak selesa ketika datang haid. Punca senggugut daripada masalah kesihatan 
atau penyakit.

Senggugut dikaitkan dengan pengeluaran berlebihan bahan yangdisebut prostaglandin dari lapisan dalaman rahim (uterus) semasa haid. Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim dan perubahan pembuluh darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit ketika haid. Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran keluar darah dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan rasa sakit. Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim. Rasa senak di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid. Kekerapan membuang air kecil, cirit-birit, pening, kembung, rasa sakit di bauah dada, kemurungan dan rasa cepat marah


Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan ma


Senggugut yang biasa...bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama.

Senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat atau merawat secara perawatan altenatif.  Sememangnya senggugut boleh dirawat..Insyaallah..





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...